Powered by Blogger.
RSS

Fdisk dan Format Cakera Keras

Fdisk dan Format Cakera Keras

Apa itu fdisk dan apa itu format?
Tugas cakera keras dalam komputer adalah untuk menyimpan pelbagai program dan aplikasi.  Untuk menyediakan cakera keras boleh rnenerima pelbagai bentuk perisian, satu cara yang sesuai harus dilakukan.  Persiapan itu dilakukan dengan membuat pembahagian dan memformat cakera keras berkenaan.  Program Fdisk ialah satu utiliti Windows untuk membuat partition atau bahagian dalam cakera keras.  Cakera keras yang baru biasanya tidak ada apa-apa maklumat dan belum ada ruangan untuk penerimaan data.  Sesetengah pengeluar menyelitkan fail pengurusan disk atau 'Disk Manager' di dalam cakera keras untuk kemudahan pengguna.  Disket sistem masih diperlukan untuk menyediakan jenis sistem yang dikehendaki sama ada FAT 16 atau FAT32.  Format pula bagi penyediaan cakera keras untuk menerima sistem operasi dan maklumat.


Apa itu disket sistem?

Disket sistem akan bertindak sebagai salah satu penyelamat untuk sesebuah komputer.  Andainya komputer tidak boleh beroperasi dengan baik atau terkena virus, disket sistem diperlukan.  Setelah komputer dimulakan dengan disket sistem yang bersih, maksudnya memori' yang bersih, barulah disket anti-virus atau disket utiliti digunakan.  Pembersihan virus atau kedai baik pulih sistem dapat dilakukan dengan betul.



Panduan membuat disket sistem

Biasanya semasa membuat pemasangan sistem operasi Win95 atau Win98, salah satu keperluan pemasangan iaitu membuat disket sistem.  Setiap komputer seharusnya mempunyai satu disket sistem dengan fail-fail penting di dalamnya.  Untuk permulaan, sekiranya belum ada komputer di rumah, dapatkan bantuan kawan atau kedai komputer untuk menyiapkan satu disket sistem.

Perkakasan yang diperlukan urtuk membuat disket sistem seperti di bawah.
  1. Satu disket 1.44MB yang kosong dan boleh ditulis
  2. Sebuah komputer dengan pemacu cakera liut A: 1.44MB yang berfungsi
  3. Sistem operasi Windows



Cara-cara membuat disket sistem

Setelah hidupkan komputer sehingga paparan Desktop, klik butang Start (bawah kiri skrin), klik Program dan klik MS-DOS prompt untuk dapatkan prom C.

Masukkan satu disket di pemacu A, pastikan disket boleh ditulis dan tiada sebarang data yang tersimpan di dalamnya.  Untuk disket boleh ditulis, selak penutup disket ditolak ke bawah seperti dalam rajah (I).


 









Bila disket sudah di pemacu A, taip arahan format seperti berikut:

C:\Windows>format a:/s <Enter>
(s = bererti sistem dipindahkan ke disket A)
Insert new diskette for drive A
Verifying 1.44M
100 percent completed
Format complete.
System transferred
Volume label (11 characters, ENTER for none)?

Tekan Enter, sama ada masukkan label atau tidak.

1,457,664 bytes total disk space
386,560 bytes used by system
1,071,104 bytes available on disk
512 bytes in each allocation unit
2,092 allocation units avaible on disk
Volume Serial Number is 2F71-lEFA Format another (Y/N)?

Pilih N sekiranya tidak mahu membuat disket sistem lagi.

Fall-fail penting dalam disket sistem


Setelah selesai membuat disket sistem, salin fail-fail yang Penting seperti di bawah.
§   Fdisk.exe      : Untuk membuat pembahagian (partition) cakera keras.
§   Format.com   : Untuk memformat cakera keras.
§   Mscdex.exe   : Fail ini perlu untuk pemacu CD-ROM beroperasi.
§   Sys-com        : Untuk membekalkan sistem kepada storan lain.
§   Himem.sys    : Yang berkenaan dengan memori.
§   Edit-com       : Untuk membuat dan edit fail config.sys dan autoexec.bat.

Fail-fail di atas boleh diambil dari direktori 'C:\Windows\Command' bagi sistern Win95 atau Win98.  Untuk lebih mudah, salin semua fail-fail dalam direktori tersebut ke disket tadi.  Sebagai contoh ditunjukkan cara menyalin fail fdisk dari cakera keras ke disket.

C:\Windows\Command>copy fdisk.exe a: <Tekan Enter>

Membuat Disket Startup Win98

Membuat satu startup disk Win98 sama seperti disket yang dibekalkan bersama pakej Win98.  Disket ini boleh rnemasang driver pemacu CD-ROM dan dalam masa yang sarna membantu memasang perisian Windows.

Kalau belum ada komputer, dapatkan bantuan dari komputer kawan atau kedai komputer untuk lakukan tugas ini.  Membuat disket but sistem Win98 agak mudah, iaitu bermula dengan mengklik My Computer, Control Panel, Add/Rernove Program, Startup Disk dan akhir sekali Create disk.  Masukkan disket di pemacu A, ikut arahan di skrin dan satu disket sistem akan tercipta. Jangan lupa labelkan disket berkenaan dan simpan dalam bekas asalnya.  Kini telah siap dua disket bagi tujuan penyelenggaraan seperti fdisk cakera untuk rujukan segera.  Untuk keras atau mulakan komputer yang bermasalah.  Disket sistem juga harus disimpan dengan cermat dan dilabelkan keselamatan, buka selak penutup bagi mengelakkan disket ditulis' terutamanya dari dijangkiti virus durjana. 

 

Kesan Cakera Keras buat Pertama kali


Setiap kali ada pertukaran cakera keras dalarn kornputer, ia harus dikesan  oleh CMOS. Untuk mendapatkan paparan CMOS komputer jenis klon, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer dimulakan. Lihat rajah Skrin 1 dan Skrin 2 untuk panduan.



 
























Guna kekunci kursor (cursor), pilih ‘Auto-Detect Hard Disk’ untuk komputer mengesan cakera keras. Tekan kekunci Enter untuk ke skrin 2 bagi memilih jenis cakera keras yang digunakan.



Nota: Sedikit mengenai cakera keras dan BIOS

Harus diingat papan induk mengharapkan BIOS bagi menentukan muatan cakera keras pada tahap mana. Sebagai contoh sesetengah BIOS, maksimum storan cakera keras hanya dibenarkan setinggi 8.4GB sahaja dan dengan kebanykan muatan 15GB ke atas kini, akan menimbulkan masalah semasa pemasangan. Papan induk atau cakera keras harus ditukar untuk kedua-duanya boleh berkerjasama. Semasa membeli papan induk, pastikan CMOS dapat menampung muatan cakera keras yang tinggi.




 




















Dalam skrin 2, pilih opsyen (Options) 2 untuk cakera keras Primary Master.  Pilih Y untuk Primary Slave, Secondary Master dan Secondary Slave sekiranya satu cakera keras sahaja yang dipasang.  Tindakan seterusnya ke skrin 3 untuk melengkapkan tugasan.

Nota:
Ada masanya cakera keras jenis lama yang berstoran kecil, CMOS tidak dapat mengesannya.  Maklumat harus dimasukkan secara manual.  Di skrin 1, pilih Standard CMOS setup dan masukkan maklumat cakera keras satu demi satu sehingga selesai.  Maklumat cakera keras tersebut ada kalanya dicetak di badan cakera keras atau boleh didapati dari manual-manual pemasangan PC.

Contoh maklumat cakera keras model  ST3144A (130MB) seperti di bawah.
Cyls = 1001(Cylinder) Hds = 15(Heads)       Sec = 179 (Sector)  
WPC = 65535(Precomp)   dan Capacity = 130.7MB (Size)


 



















Tekan kekunci Esc setelah selesai mengesan cakera keras, guna kekunci kursor (cursor) pilih Save setting and exit dan selamatkan pilihan sebelum keluar dari CMOS setup.
Komputer direstart untuk tindakan selanjutnya.   

Terdapat berbagai-bagai jenis skrin CMOS setup mengikut pengeluar papan induk masing-masing.  Apa yang penting, cakera keras dapat dikesan dengan tepat dan tugas yang lebih mencabar sedia menunggu.



 


























Jadual di atas menunjukkan senarai tugasan untuk membuat pembahagian dan format cakera keras.  Fahami prosedur dan lakukan partition dan format mengikut panduan yang diberi.

Perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk tugasan di atas seperti berikut:

§         Komputer yang berfungsi sekurang-kurangnya Komputer Sistem Asas yang diuji sebelum ini.
§         Satu cakera keras baru atau terpakai yang tidak ada maklumat penting.
§         Disket sistem dengan fail fdisk dan format di dalamnya.



Langkah-langkah sebelum Fdisk

Sebelum melakukan fdisk dan format, beberapa perkara harus diambil perhatian dan difahami.

Program kecil fdisk dan format digunakan bagi membuat pembahagian cakera keras baru atau cakera keras lama yang ingin dibersihkan semua maklumat untuk dipasang semula sistem operasi.  Fdisk dan format akan menghapuskan segala maklumat dan data-data dalam cakera keras. Sekiranya terdapat data-data penting, buat backup dan simpan dengan baik untuk digunakan kemudian.

Berhati-hati

Fdisk dan format harus digunakan dengan berhati-hati.  Fdisk sangat sesuai untuk mempamerkan partition bagi tujuan pemeriksaan dan jangan sesekali memilih 'create' dan 'delete partition' sekiranya tidak membuat apa-apa perubahan pada cakera keras. Tujuan format supaya cakera keras boleh dihidupkan untuk dipasang sistem operasi dan sebagainya.                                   



Pemacu disket sebagai but utama          

Untuk menggunakan fdisk dan format dari disket but (boot), komputer harus dimulakan dari pemacu A. Hidupkan komputer, tekan kekunci Del untuk ke skrin CMOS Setup, pilih pemacu A atau 'floppy disk' sebagai boot pertama diikuti dengan cakera keras sebagai boot kedua.  Selamatkan  konfigurasi sebelum keluar dari Menu CMOS Setup.  Selepas itu konfigurasi  boleh ditukar semula untuk menjadikan cakera keras sebagai but pertama. Ini penting kerana permulaan Windows akan bertambah laju tanpa perlu sistem menguji kehadiran pemacu A.

Mulakan komputer semula dengan disket sistem di pemacu A untuk  tindakan seterusnya.                                                                                                 

Nota:

Pastikan versi fdisk dan format bersesuaian dengan storan cakera keras dan  sistem operasi yang hendak dipasang.  Program fdisk dari Win95 hanya boleh membuat partition sistem FAT16 Yang mampu pada tahap 2GB sahaja.  Fdisk Win95B dan Win98 boleh membuat partition melepasi cakera keras berstoran 2GB atau lebih.



Cara-cara Membuat Satu Partition
dan Format Dengan Disket Sistem Win98

Setelah selesai mengesan cakera keras dan selamatkan setting, tindakan seterusnya membuat satu pembahagian (1 partition).  Cakera keras yang digunakan ialah 4.3GB yang baru.

§         Masukkan disket sistern Win98 di pemacu A, hidupkan komputer dan tunggu sampai prom A. (Komputer akan membaca disket di pemacu A sistem dihidupkan untuk tugasan selanjutnya).
§         Di prom A, taip fdisk dan tekan Enter seperti berikut:
§         A:\>fdisk <Enter>

Skrin 4 dari versi fail fdisk baru Win98 akan terpapar seperti rajah di bawah. Sebelum ini, bagi versi fdisk lama, skrin 5 akan dipaparkan. 


 

















Di skrin 4, pilih Y dan tekan kekunci Enter untuk menyokong cakera keras yang melebihi 2GB.


 




Skrin 5













Dalam skrin 5, pilih 4 dan tekan Enter untuk dapatkan informasi partition cakera keras sebelum sesuatu tindakan dibuat.


 



Skrin 6








Paparan skrin 6 menunjukkan cakera keras belum dibuat partition.

§         Tekan kekunci Esc untuk ke skrin    Fdisk Options (Skrin 5).                                         Skrin 8 menunjukkan cakera keras sedang di periksa.  Setelah cakera
§         Pilih 1 dan tekan Enter untuk mulakan membuat partition dan satu
§         partition saja yang akan dibuat.                                                                  



 







Skrin 7













Di skrin 7, Pilih 1, tekan Enter untuk mula membuat partiton dan skrin 8 akan dipaparkan untuk tindakan.




 





Skrin 8








Skrin 8 menunjukkan cakera keras sedang di periksa. Setelah cakera keras selesai verifying drive integrity, terus ke skrin. 9.


 








Skrin 9






Paparan skrin 9 memberi pilihan sama ada ingin membuat cakera keras sebagai satu partition atau lebih.  Kali ini satu sahaja partition akan dibuat dengan itu pilih Y, tekan Enter dan setelah Verifying drive integrity selesai, terus ke skrin 10.




 




Skrin 10









Dengan paparan skrin 10 di atas, tekan Esc untuk ke prom A. Restart komputer dengan disket sistem di pemacu A.       Bila sudah di prom A, taip fdisk untuk melihat partition yang telah dibuat.


A:\>fdisk <Enter>


Skrin 4 akan dipaparkan, pilih Y tekan Enter dan skrin5 muncul, pilih 4 tekan Enter.
Skrin 11A akan keluar mempamerkan informasi cakera keras yang telah berjaya dilakukan.


 






Skrin 11A









Paparan skrin 11A menunjukkan patition sudah siap tapi belum diformat.  Lihat di bawah tajuk System, tiada maklumat jenis FAT yang digunakan.

Tindakan selanjutkan, memformat cakera keras untuk boleh menerima perisian.  Sebelum membuat format, pastikan bacaan dalam bulatan di atas sama, jika tidak, ulang fdisk sehingga kedua-dua maklumat didapati sama.

Tekan Esc untuk ke Menu Options dan tekan Esc sekali lagi untuk dapatkan prom A. Taip format dengan palang s dan tekan kekunci Enter seperti yang dilakukan di bawah.

A:\>format c:/s <Enter>

Tunggu sehingga selesai dan periksa sekali lagi cakera keras sama ada bejaya diformat atau tidak.  Dapatkan balik prom A, taip fdisk dan pamerkan partition cakera keras.

Sehingga sampai skrin 5, pilih 4, tekan Enter dan skrin 11B akan muncul dengan maklumat FAT32.

Nota:

Bacaan bait (byte) dari fdisk tidak semestinya sama dengan bacaan CMOS dan jangan bimbang dengan keadaan ini.  Pengilang dan sistem Windows akan memberi bacaan yang berbeza walaupun sebenarnya sama dari segi muatan storan.


 




Skrin 11B










Dengan maklumat sistem FAT32 di atas, ini bererti cakera keras sudah bersedia untuk pemasangan sistem operasi.  Tekan Esc dua kali untuk keluar ke prom A dan restart komputer untuk ia terus beroperasi dari pemacu C yang baru.  Sebelum itu pastikan tiada sebarang disket diletakkan di pemacu A.

Untuk melihat isi kandungan pemacu C, taip dir (directory) di prom C seperti berikut:

C:\>dir <Enter>

Volume in drive C has no label
Volume Serial Number is 234B – I0E3,
Directory of C:\
COMMAND COM        93,880 05-11-98 8:01p
1 file (s)        93,8800bytes
0 dir (s)         4,117.66MB free

Untuk melihat fail tersembunyi atau hidden, taip seperti berikut:

C:\dir/a <enter> (a bermaksud all - semua)

Volume in drive C has no label
Volume Serial Number is 234B – l0E3
Io                 SYS    222,390         05-11-98       8:01p
MSDOS          SYS    1,694            05-11-98       8:01p
COMMAND      COM    93,880          05-11-98       8:01p

3        file (s)
0        dir (s)



Panduan Delete dengan disket sistem Win98

Kes    2

Setelah selesai mengesan cakera keras dan selamatkan setting, tindakan seterusnya untuk delete partition yang ada.  Cakera keras yang digunakan ialah 4.3GB terpakai.

§         Masukkan disket sistem Win98 di pemacu A, mulakan komputer dan tunggu sehingga muncul prom A.
§         Taipkan fdisk di prom A, tekan Enter dan ikut arahan di skrin.
§         A:\>fdisk <Enter>

§         Dengan tindakan di atas akan terpapar skrin 4, pilih Y dan tekan Enter untuk ke skrin 5. Pilih 4, tekan Enter untuk pamerkan informasi cakera keras.  Skrin 12 mempamerkan cakera keras satu partition.

Sebelum membuang partition dari cakera keras, terlebih dahulu diperiksa keadaan partition untuk memudahkan kerja nanti.


 

















§         Skrin 12 menunjukkan partition yang ada dalam cakera keras, untuk membuangnya, tekan kekunci Esc untuk ke Menu Options (Skrin 5), pilih 3 dan tekan Enter.


 





Skrin 13         









§         Dalam skrin 13, pilih 1, tekan Enter dan skrin 14 akan muncul.  



 



Skrin 14













§         Dengan maklumat skrin 14, pembuangan partition sudah boleh dilakukan.  Pilih 1, tekan Enter untuk membuang Primary DOS Partition. Masukkan Volume Label sekiranya ada, kalau tiada tekan Enter sahaja.  Pilih Y dan tekan Enter sekiranya setuju.



 








Skrin 15






§         Dengan paparan skrin 15, partition sudah terpadam.  Tekan Esc untuk ke Menu Fdisk Options (Skrin 5) dan pilih 4 dan tekan Enter untuk melihat keadaan cakera keras.  Skrin 6 akan memenuhi ruang menandakan partition berjaya dibuang.

§         Tekan kekunci Esc dua kali untuk ke skrin 16.




 




Skrin 16








§         Tekan kekunci Esc untuk ke prom A dan restart komputer.


Cakera keras sudah sedia untuk dilakukan partition yang baru atau boleh dilepaskan kepada kawan-kawan kerana sudah tiada lagi maklumat penting atau rahsia tersimpan di dalamnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Post a Comment