Powered by Blogger.
RSS

Internet

Internet

Internet (internet) dengan huruf kecil adalah singkatan dari internetwork bermaksud rangkaian komputer setempat untuk menjadi landasan pemindahan data antara satu sama lain. Internet (Internet) dengan huruf besar bererti sebuah rangkaian global dan lebuhraya yang menggunakan protokol TCP/IP untuk berkomunikasi secara menyeluruh. Apa saja yang difikirkan atau terlintas di hati, maklumatnya ada di Internet, yang baik dan yang buruk sama banyak, cuma pandai-pandailah menjaga diri. Semasa melayari Internet, fahami sebab tindakan dan awasi setiap maklumat yang mungkin dipaliti virus, walaupun ia nampak nan murni.


Protokol  56Kbps, x2 dan V90


Untuk rnelayari Internet dari komputer peribadi, perkara-perkara yang diperlukan seperti modem, akaun ISP TMnet atau Jaring dan yang paling penting talian telefon yang berfungsi. Modem kini datang dengan kelajuan 56Kbps (kilobit sesaat) atau dipanggil 56K sahaja. Modem 33.6K sudah tidak dikeluarkan lagi. Bagi modem 56K, ada dua protokol yang menjadi kontroversi iaitu x2 dan 56Kflex, harus diberi perhatian semasa membeli modem. Kedua-dua protokol ini adalah standard yang digunakan bagi penghantaran data dengan modem. Protokol V90 dipersetujui bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit. Setakat ini, modem yang mempunyai protokol K56flex dengan V90 paling popular.

ISP bermaksud Penyedia perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan seperti namanya amat jelas menerangkan perkhidmatan khusus yang diberi. Terdapat beberapa ISP di Malaysia, antaranya TMnet yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan Jaring oleh Mimos.


Apa itu modem?


Perkataan modem diambil dari singkatan modulator dan demodulator. Kombinasi perkataan itu bermaksud signal digital dalam komputer ditukar ke analog (modulation) dan menukar balik dari analog ke signal digital (demodulation), Contoh mudah, dua buah komputer yang disambungkan dengan modem melalui talian telefon untuk menghantar dan menerima signal. Lihat Rajah.  Modem bertindak sebagai perkakasan antaramuka (interface) di antara komputer dan ISP. Talian telefon sebagai media untuk penghantaraan data secara analog. Semasa melayari Internet, komputer memproses semua maklumat dan dibentangkan di skrin monitor dalam bentuk laman web berpangkinkan sistem operasi Windows.

 



Senario pertukaran data antara dua modem

Apa yang berlaku?


Signal digital (data) dari komputer A akan ditukarkan oleh modem menjadi signal analog (bunyi) dan dihantar melalui talian telefon. Modem penerima akan menukarkan signal analog kepada signal digital dan diproses oleh komputer penerima B. Begitulah juga yang akan berlaku bila ada pertukaran data dari komputer B ke komputer A.







 

























Modem luar (External modem)


Modem luar dipasang di port COM2 dengan kabel yang dibekalkan. Sekiranya komputer menggunakan sistem operasi Win95 atau Win98, modem yang mempunyai kelebihan PnP (Plug and Play) biasanya dikesan dan pemasangannya amat mudah sekali. Semasa pemasangan dibuat, modem luar perlu dihidupkan agar ia dapat dikesan. Gagal berbuat demikian, sistem operasi tidak dapat mengesan modem dan pemasangan terpaksa diulang.

DSP
Modem luar biasanya agak laju dari modem dalam kerana ia memproses dan menghantar signal tanpa bantuan CPU. Modem jenis ini dipanggil modem DSP yang bermaksud 'digital signal processor'. Terdapat satu jenis lagi modem luar yang menggunakan USB sebagai penyambungnya. Dengan cara ini, kelajuan ditambah hampir 10 peratus dari modem yang dipasang di port COM2. Modem USB boleh digunakan sekiranya papan induk ada penyambung komponen tersebut. Modem USB, seperti rakannya modem dalam, memerlukan bantuan CPU untuk memproses signal.


Modem dalam (Internal modem)

Berlainan pula dengan modem dalam, konfigurasinya agak rumit sedikit. Ada tiga jenis modem dalam iaitu yang menggunakan slot PCI, slot ISA dan slot CNR. Modem slot PCI (bas 32-bit) lebih baik jika dibandingkan dengan slot ISA (bas 16-bit) kerana kelajuan penghantaran data. Walau bagaimanapun modem jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi. Dari segi cara pemasangan, ketiga-tiganya tidak ada perbezaan.

HSP

Modem slot CNR (Communication Network Riser) yang dibekalkan bersama papan induk, biasanya ditulis huruf M di luar kotak perkakasan berkenaan untuk menyatakan kemudahan itu. Lihat Rajah.  Modem dalam dipanggil HSP iaitu host signal processor, perlu bantuan CPU untuk memproses signal dan dengan sendirinya cuma boleh berkerja dengan CPU yang berkuasa umpamanya Pentium Celeron 400MHz ke atas. Sebelum membeli, cuba pastikan kehendak modem dan kemampuan komputer bersesuaian.


 

Modem luar dan aksesori


Modem luar lebih laju dari modem dalam dari segi penghantaran data. Ini disebabkan modem luar tidak memerlukan bantuan CPU untuk melakukan Penghantaran data. Sebaliknya modem dalam yang memerlukan bantuan CPU, proses penghantaran data akan menjadi lambat. Untuk menyelesaikan masalah ini, komputer harus mempunyai sistem yang laju.

Semasa mendapatkan modem, pastikan dibekalkan manual pemasangan, driver CD-ROM (cakera padat bersama perisian pemacu perkakasan), adapter, kabel sambungan modem ke COM 2 dan kabel telefon modem sepanjang satu meter.

Modem dalam dan aksesori


Modem jenis slot ISA sudah pupus atau ruyup, Modem slot PCI, modem luar (port COM 2 dan port USB) dan modem jenis bina dalam atau bersepadu, banyak boleh didapati. Aksesori seperti manual, driver CD-ROM dan kabel telefon sepanjang dua meter dibekalkan bersama modem.

Dalam rajah A, papan induk yang mempunyai modem bersepadu, akan disediakan kad modem untuk diletakkan di slot CNR (Communication Network Riser) seperti rajah B.


Pemasangan modem


Setelah memilih slot mengikut jenis modem, pemasangan boleh dimulakan. Pertama sekali, pemilihan communication port harus dibuat. Pemasangan communication port atau port maya untuk komunikasi (virtual port), hanyalah dalam perisian sahaja dan tidak ada pengunaan kabel secara fizikal.

Modem jenis PnP (Plug and Play) biasanya dikesan oleh sistem operasi dan amat mudah pemasangannya iaitu dengan mengikut arahan sehingga tamat. Restart komputer untuk modem boleh beroperasi dengan baik.

Modem bukan PnP

Pemasangan modem bukan PnP harus dilakukan langkan demi langkah. Cara-cara konfigurasi modem dalam jenis bukan PnP dengan sistem operasi Win95 atau Win98 seperti di bawah. Walau bagaimanapun kebanyakan modem kini boleh dikesan (Plug and Play) bagi memenuhi syarat mesra pengguna.

  • Klik My computer dalam laman Desktop, klik Control Panel dan klik Add New Hardware.

  • Klik Next, pilih No dan klik  Next untuk memilih jenis perkakasan yang hendak dipasang.

  • Pilih Ports (COM & LPT), klik Next untuk memilih port sama ada dari Windows atau dari konfigurasi CD-ROM pengeluar.

  • Klik Next lagi sehingga Finish dan komputer mempamerkan skrin Restart. Jangan restart lagi, sebaliknya buat pemasangan modem.

  • Klik ikon modem dalam laman Control Panel, klik Add, tanda petak tidak mengesan modem, klik Next dan klik Have disk. Masukkan disket driver yang dibekalkan dan gabungkan port dan modem tersebut.

Setelah selesai, komputer direstart untuk sistem menerima konfigurasi Baru itu. Klik modem untuk tujuan menguji dan keputusannya boleh diterima pakai sebagai mengesahkan modem boleh beroperasi dengan baik atau sebaliknya.

Seperti yang sedia maklum, modem harus disambungkan ke talian telefon untuk ia berfungsi. Di belakang modem, satu laluan bertanda Phone disambungkan ke telefon dan satu laluan lagi yang bertanda Line disambungkan ke talian telefon. Untuk modem luar, sambungkan kabel data di belakang modem dan sebelah lagi ke port COM 2 di belakang komputer.




Menguji modem


Untuk menguji modem dengan sistem operasi Windows, ikut panduan seperti di bawah. Ini dilakukan sebagai langkah awal menguji modem (ujian dalaman) tanpa sebarang sambungan luar.

  • Klik My Computer dalam laman Desktop.
  • Klik ikon Control Panel (Panel Kawalan).
  • Dalam laman Control Panel, klik ikon Modems dan skrin A seperti di atas akan keluar di skrin.
  • Klik tab Diagnostics B, skrin C akan muncul.
  • Tanda COM 4 di mana modem telah dipasang sebelum ini, klik butang More Info D dan tunggu keputusan ujian. Tetingkap kecil E akan terpapar buat seketika sementara menanti keputusan di skrin F.


 























 




















Dengan paparan di atas, ini bermakna modem lulus ujian awal dan pemasangan akaun Internet boleh dimulakan.

  • Klik butang OK untuk balik ke Menu utama.
  • Klik butang OK sekali lagi untuk keluar dari tetingkap Modems.

Sekiranya tidak mendapat respon seperti di atas, sebaliknya dipaparkan mesej port kommunikasi tidak dapat dibuka, buat pemasangan driver modem semula. Sebelum itu, tanda modem di tetingkap A dan klik butang 'Remove'. Pasang semula driver, restart komputer dan uji modem seperti yang telah dilakukan sehingga berjaya mendapat tetingkap F.

Dalam CD-ROM yang dibekalkan, beberapa driver disediakan untuk peibagai sistem operasi, pilih driver yang sesuai dengan sistem operasi yang digunakan. Kadang-kadang untuk menjimatkan kos, pengeluar akan memuatkan semua driver dari senarai modem keluarannya dan ini akan menjadi satu masalah kepada sesiapa yang baru belajar memasang modem. Untuk tidak membuat kesilapan dan menyelamatkan masa dan tenaga, baca manual sama ada dalam bentuk buku atau dalam CD-ROM yang dibekalkan. Fail dalam CD-ROM biasanya atas tajuk 'Readme.txt' dan boleh dibuka dengan Notepad.



Pemasangan akaun Tmnet


Untuk pemasangan program Internet, pertama sekali dapatkan akaun Tmnet atau Jaring, mengikut pilihan  masing-masing. Bagi akaun Tmnet, pendaftaran dibuat di mana-mana Pejabat Telekom Malaysia terpilih. Dua perkara yang harus disediakan, User ID dan kata laluan. ID (Identification) pengguna adalah nama yang juga akan digunakan pada e-mel. Sediakan sekurang-kurangnya tiga ID pengguna sekiranya nanti terdapat persamaan nama yang telah didaftarkan. Contoh-contoh ID pengguna seperti 'zoman', lana2001' dan 'gadiscun'. Untuk kata laluan pula, campur adukkan huruf dan angka bagi merumitkan untuk dikesan atau diteka. Contoh-contoh kata laluan seperti '3aetoOn', 'r04awa3' dan 'uOt4maun'.

Mengenai bayaran, perlu perihatin kerana kadang-kadang terdapat skim tawaran istimewa. Apa yang akan diberi, sebuah CD-ROM yang mengandungi pemasangan mudah (Install wizard) dan browser Internet, sama ada Netscape atau Internet Explorer.



Dial-up Networking


Setelah semuanya selesai, baru dibuat pemasangan akaun Tmnet. Sekiranya ikon Dial-up Networking tidak ada dalam tetingkap My Computer, pemasangannya harus dilakukan dengan membuka Control Panel, Add/Remove Program, klik Windows setup, Communications dan Details. Tanda petak Dail-up networking dan klik OK Sediakan CD-ROM versi Windows yang bersesuaian bila diminta sistem.

Melayari Internet boleh dibuat setelah beberapa hari atau 24 jam mengikut perjanjian yang diberi. Jadi harus bersabar menunggu untuk mencuba pemasangan akaun yang telah dibuat itu.  Juga bersedia untuk membayar 2.5 sen seminit, 1.5 sen kos bil telefon dan 1 sen kos akses Internet (Tmnet).

 



 

Panduan memasang akaun Internet seperti dibawah:
  • Klik ikon My computer dalam Desktop dan klik Dial-Up Networking.

  • Klik Make New Connection, paparan A akan muncul. Di skrin A, pilih jenis modem yang dipasang sebelum ini dan klik Next untuk ke skrin B.

  • Di skrin B, masukkan nombor telefon 1515 (TMnet) dan klik butang Next untuk ke skrin C menandakan tindakan peringkat awal tamat.

  • Akhir sekali, klik butang Finish dan akan terjadi satu ikon My Connection dalam laman Dial-Up Networking.



 


Panduan pemasangan akaun TMnet seperti di bawah.

  • Di dalam laman Dial-Up Networking, klik sebelah kanan tetikus atas ikon yang baru dicipta iaitu New Connection.

  • Klik Properties A untuk skrin seterusnya.

  • Klik Server Types B untuk membuka pilihan berkenaan. Dalam ruangan Server Types B, kosongkan semua kotak-kotak kecuali kotak TCP/IP seperti yang telah dilakukan. Selepas itu klik butang TCP/IP Settings ... C untuk tindakan seterusnya.

  • Tanda butang radio di ruangan Specify name server address D dan masukkan maklumat ISP dalam kekotak teks Primary DNS E seperti yang telah dilakukan. (Nombor DNS TMnet: 202.188.0.133 dan 202.188.1.5).

  • Setelah selesai, klik butang OK dua kali untuk ke panel Dial-Up Networking. Klik kanan tetikus ikon My Connection dan pilih Create Shortcut supaya satu ikon My Connection akan berada dalam laman Desktop bagi memudahkan penyambungan ke Internet bila hendak digunakan nanti.

Sebelum melayari Internet, pastikan ada maklumat-maklumat ini (A dan B) di ruangan Network dan System di laman Control Panel. Tiga maklumat ini penting bagi membolehkan sambungan dial-up ke Internet menggunakan talian telefon biasa.

Kalau tidak ada maklumat tersebut, klik butang Add ... (C) dan masukkan Adapter serta Protocol dengan memilih Microsoft seperti contoh di skrin Select Network Protocol D. Setelah memilih Microsoft Network Protocol dan lepas itu Microsoft Adapter, klik OK untuk menerima kedua-dua pilihan.




Sambungan ke Internet



 

Setelah selesai membuat konfigurasi, hidupkan semula PC dan klik Icon My Connection. Jangan lupa menyambung talian telefon ke laluan Line modem dan menaip maklumat seperti tetingkap di atas. Guna nama pengguna dan kata laluan yang telah dipilih. Telefon tidak perlu dipasang di laluan Phone sekiranya tidak dikehendaki. Ia tidak menyumbang apa-apa bantuan semasa sambungan hendak dibuat. Klik butang . Connect untuk mendapatkan sambungan ke ISP. Sekiranya berjaya, Icon telefon rangkaian akan tertera bawah kanan skrin sebaris Bartugas (Taskbar).






Ruang Cakera Keras untuk Cache

Untuk melayari Internet, cakera keras harus mempunyai sekurang-kurang 20MB ke 30MB ruang storan. Ini kerana semasa melayari Internet, setiap laman yang dilawati akan disimpan dalam cakera keras pada bahagian cache. Kekurangan ruangan cache boleh membuat aktiviti ke Internet perlahan.

Sambungan ke Internet dimulakan dengan tetingkap di atas. Ia cuma menyambungkan dengan ISP sahaja, tidak lebih dari itu, Setelah berjaya sambungan ke ISP dengan kemunculan satu ikon telefon rangkaian di Bartugas bawah kanan desktop dan untuk melayari Internet perlu menggunakan program perisian pelayar (browser) seperti Internet Explorer, Netscape dan Opera. Untuk menghantar dan menerima mel elektronik (emel), program seperti Outlook Express, Netscape Messenger atau Edora boleh digunakan.




Ikon sambungan Internet Win98.


Bila bejaya ke Internet, ikon dalam bulatan A akan terpapar di bawah kanan Windows. Banyak maklumat boleh didapati dari ikon tersebut.

Apa yang boleh tetikus, letakkan kursor (cursor) di atas ikon berkenaan dan skrin B akan muncul menunjukkan status sambungan ke Internet. dilihat adalah penghantaran dan penerimaan data dalam kiraan bait serta kelajuan dalam kiraan bit sesaat.

Klik ikon dengan kanan tetikus dan skrin C akan terpapar. Klik ruang Status untuk melihat kedudukan sambungan ke Internet dan jumlah masa yang telah digunakan seperti dalam panel D.
 

Nota:
Maklumat di atas di dapati dari ujian modem dalam 56K berprotokol V90.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Post a Comment