Powered by Blogger.
RSS

Menguji papan induk

Menguji papan induk


CPU yang hendak diuji dalam manual ini ialah Pentium 233 MHz (MMX) dengan voltan 2.8V untuk operasi.  Papan induk pula jenis Socket 7 dengan kad VGA (built-in) dibina di dalamnya.  Sebenarnya cara menguji semua papan induk dan CPU sama sahaja dan ujian ini boleh dibuat sebagai panduan.

Sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan, langkah keselamatan harus diambil ke atas setiap perkakasan dengan membuang elektrostatik.  Ini dilakukan sekali sahaja setiap kali bila hendak memulakan kerja bagi mengelakkan dari kad-kad litar rosak tanpa di sedari.

Perkakasan yang diperlukan untuk ujian seperti berikut:
  • Pemproses atau CPU
  • Papan induk dan manual
  • RAM secukupnya (16MB) dan sesuai
  • Bekalan kuasa AT dan kabel kuasa
  • Kad VGA slot tambahan (tidak perlu sekiranya papan induk ada built-in VGA)
  • Monitor


Ujian dilakukan di luar kotak komputer dan dikira sebagai titik permulaan kepada pembinaan sebuah komputer.


  Nota:

Sebelum itu penerangan akan meliputi berbagai-bagai jenis jumper, CPU, bekalan kuasa dan sebagainya mengikut di mana yang sesuai.  Peralatan yang digunakan diperingkat ini seperti playar muncung tirus, thermal compound untuk CPU dan pemandu skru.


Jumper papan induk


1.  Jumper fizikal

Sebelum pergi jauh dan membuat perkara-perkara yang tidak difahami atau berasa sangsi, akan diterangkan secara ringkas mengenai subjek di atas. Apa itu jumper? Jumper sebenarnya satu ' pautan atau link yang menyambungkan dua litar yang terpisah.  Ibaratkan satu sirkit (circuit) yang mengandungi mentol, suis dan bateri, suis akan mewakili sebagai jumper iaitu bila ditutup (close), lampu E dalam rajah C akan menyala.  Bila suis dibuka (open), lampu D akan terpadam seperti dalam rajah C di bawah.



 






 









Untuk mengubah jumper, alihkan sambungan pautan (link) P ke pin 1A dan 1B untuk voltan 2.8V seperti yang dikehendaki. Guna playar yang sesuai untuk memudahkar tugas. Kebelakangan ini papan induk mempunyai daya mengesan voltan CPU secara automatik tanpa sebarang tindakan dari pengguna.


2. Jumper jenis Suis

Sesetengah papan induk dibekalkan dengan jumper jenis suis untuk membuat konfigurasi.  Suis (warna hitam) ditolak ke ON atau OFF untuk menentukan setting.  Ikut arahan manual untuk setting yang betul.

Jumper jenis ini sudah agak berkurangan dan kemungkinan tidak dikeluarkan lagi.  Apa yang dirisaukan dengan jumper jenis ini, ia mudah tertolak semasa kita sedang kalut membuat kerja-kerja baik pulih dalam kotak komputer.  Konfigurasinya tentu akan berubah dan kalau kita tidak berhati-hati boleh mengakibatkan kerosakan komputer.  Bila bertemu suis begini, sila catatkan setting dan periksa sebelum komputer dihidupkan sem ula nanti.

contoh konfigurasi suis digunakan untuk memilih setting atau ketetapan ratio kelajuan CPU.  Cara mendapatkan ketetapan dengan mendarab salah satu multiplier x3.5 sehingga x8 dan sistem bas 66MHZ atau 100MHz mengikut keupayaan CPU.


 
















Contoh setting ratio x3.5, x5.0 dan x8.0 untuk menentukan kelajuan CPU.

3. Jumper dibuat di CMOS setup

Cara pemasangan dan ujian bagi papan induk Socket 7 boleh juga digunapakai untuk papan induk Socket Super 7, Socket 370 atau Socket A. Untuk ujian papan induk Slot I bagi CPU Intel dan Slot A bagi CPU AMD, caranya juga sama.  Kebanyakan setting jumper papan induk kini dibuat melalui menu CMOS setup atau apa yang dikatakan 'jumperless' iaitu tidak ada pertukaran jumper secara fizikal.  Tekan kekunci Del berulang kali semasa menghidupkan komputer dan di skrin CMOS pilih CPU PnP Setup.  Dalam skrin CPU PnP setup, pilih setting yang sesuai dengan jenis CPU yang digunakan.


 

















Nota:
Cara di atas hanya boleh dilakukan setelah papan induk diuji dan didapati baik.


 

 



















Panduan pemasangan jumper CMOS untuk CPU yang digunakan seperti berikut:

  • Bila komputer dihidupkan, tekan kekunci Del untuk kebanyakan komputer klon bagi mendapatkan paparan CMOS.

  • Kelajuan CPU boleh dipilih dengan menukar Multiple Factor dan Base frequency seperti di atas. Untuk CPU Pentium III 600MHz, X6 dan 100MHZ dipilih dalam CMOS berkenaan (6X100 = 600).


Untuk tujuan upgrade, maklumat dalam kandungan CMOS dari papan induk berkenaan seperti di bawah. Ada dua pilihan kelajuan bas frekuensi iaitu 66MHz dan 100MHz.  Antara CPU yang sesuai ialah Celeron dan Pentium III.

  • 66MHz - Kelajuan CPU yang boleh digunakan di antara 233MHz ­533MHz dari clock multiplier X3.5 - X8.

  • 100MHZ - Kelajuan CPU yang sesuai di antara 350MHz - 800MHz dengan clock multiplier X3.5 - X8.


Jumper Di Papan Induk AT


Contoh kedudukan jumper yang terdapat di atas papan induk Socket 7. Ketetapan jumper untuk semua papan induk tidak jauh bezanya. Rujuk manual untuk dapatkan setting yang betul bersesuaian dengan CPU yang hendak digunakan.


Setting Jumper fizikal


Dengan penerangan ringkas mengenai jumper telah selesai, bolehlah dimulakan pemeriksaan jumper sebenar dan pertukaran yang harus dilakukan.  Kesilapan jumper boleh merosakan cip CPU dan sistem beroperasi tidak menentu.  Rujuk manual untuk mendapatkan setting yang betul.  Manual harus disimpan dengan baik untuk tujuan rujukan dan upgrade nanti.

JP2 - Padam memori CMOS

Jumper JP2 mesti diubah ke Mode Biasa untuk aktifkan papan  induk. jumper setting Clear CMOS, yang direka oleh pengeluar, amat berguna sekiranya hendak menghapuskan data CMOS dan mendapatkan balik CMOS yang asal.

JP3 – Pilihan VGA dalam

Sekiranya VGA jenis bersepadu di papan induk tidak hendak digunakan dan lngin menukarkan dengan kad video slot tambahan, disablekan jumper JP3.

Seterusnya disediakan rajah-rajah setting jumper untuk Pemasangan kad VGA bina dalam atau yang berasingan sekiranya ingin lakukan.

Dalam rajah A, jumper dienablekan untuk VGA jenis bersepadu berfungsi. Jumper dalam rajah B diubah untuk aktifkan kad VGA slot PCI dan litar terputus ke arah VGA jenis bina dalam.

JP4-Pilihan RAM 3.3V atau 5V
Untuk SDRAM yang beraperasi dengan voltan 3.3V, pastikan jumper JP4 disetkan pada valtan tersebut. Walau bagaimanapun kebanyakan papan induk tidak ada lagi pilihan ini kerana SDRAM keluaran kini cuma beroperasi dengan satu voltan standard. Jumper

JP5, JP6, JP7 dan JP8
Setting-setting untuk kelajuan CPU serta voltan operasi seperti dalam rajah B di sebelah.

  • Jumper JP5 = 66MHz: Setting external clock bagi CPU.
  • Jumper JP6 = 2.8V : Voltan operasi bagi CPU.
  • Jumper JP7 = 3.5: Bacaan anggaran ‘bus clock & multiplier’ untuk Pemproses 233MHz (66 X 3.5 bersamaan 231).
  • Jumper JP8 = P55C : Pilihan untuk CPU jenis berkemampuan MMX.



Contoh-contoh setting jumper dalam rajah A diambil dari beberapa menual papan induk.


 


























Contoh pemasangan jumper internal clock untuk 1.5X/3.5X secara grafik seperti rajah A dan B. Pastikan di mana pin 1 sebelum membuat pertukaran jumper.  Biasanya pin 1 ada dicetak dengan warna perak di tepi in-pin jumper berkenaan atau boleh didapati dalam manual yang dibekalkan. Susunan petak jumper di atas dijarakkan untuk pandangan lebih jelas.

CPU Pentium 233MHz yang digunakan mempunyai kemampuan MMX, ini bererti jumper JP8 harus disetkan ke 'Dual voltage' seperti dalam rajah di bawah.



 





















Gambar graflk jumper JP8 sebenar di besarkan untuk pandangan yang lebih jelas.  Bahan yang digunakan di dalarn jumper dari jenis logam yang boleh mengalirkan arus elektrik seperti kepingan tembaga dalam rajah (i) untuk menyambungkan dua litar yang berasingan.


Cara-cara pemasangan perkakasan
untuk menguji papan induk

CPU

Panduan pemasangan CPU (prosesor)
  • Tarik tuil (lever) melepasi cangkuk dan angkat arah ke atas sehingga tegak berdiri.
  • Letakkan CPU di atas soket, pastikan pin 1 CPU dan soket selari.  Sekiranya CPU tidak masuk dengan kemas, kemungkinan ada pin-pin yang bengkuk.  Dengan hati-hati betulkan pin-pin berkenaan menggunakan playar muncung tirus dan cuba masukkan sekali lagi.
  • Turunkan tuil dan pastikan ia kemas di tempat asalnya.

Soket jenis ini dinamakan soket ZIF (Zero Insertion Force) yang bererti semasa memasang atau mengeluarkan CPU, tidak perlu tenaga yang kuat.  Tujuan lain bagi memudahkan membuat upgrade.  Untuk mengelakkan dari CPU kepanasan, gris khas diletakkan di antara CPU dan sink haba. Setelah CPU dipasang, jangan lupa menyambungkan kipas CPU dengan salah satu wayar sambungan kuasa.

Panduan pemasangan cip CPU secara graflk

Mula sekali, tarik tuil (lever) L ke arah A untuk keluar dari cangkuk B. Angkat tuil ke atas mengikut arah C dan plat (plate) atas F akan bergerak ke arah E. Letakkan CPU di soket papan induk dan pastikan pin 1 kedua­dua perkakasan selari.  CPU dengan mudah masuk di soket, turunkan tuil ke arah D dan lekatkan di cangkuk B. CPU akan dicengkam oleh plat atas F yang bergerak ke arah G (asal) dan CPU sukar dikeluarkan lagi.  Letakkan kipas dan sink haba atas CPU sekiranya datang berasingan.  Sangkutkan klip kipas di pemegang H di depan dan belakan soket.










Panduan Mengeluarkan CPU dari Socket 7
Keluarkan sink haba dan kipas dengan melepaskan klip C dari sekatan D di depan dan belakang soket.  Sambil itu putuskan sambungan kuasa dari kipas penyejuk CPU.  Tarik tuil ke arah A sedikit dan naikkan tuil ke arah B,CPU dengan rnudah dapat dikeluarkan.  Tolak tuil dengan cermat ke arah E dan letakkan di sisi soket untuk mengelakkan tuil dari patah atau rosak

.
Thermal grease untuk kawal haba CPU

Kepanasan CPU semasa operasi kadang-kadang sukar dibendung akibat dari bilik yang tidak berhawa dingin atau kurangnya laluan udara dalam kotak komputer.  Tambahan pula sesetengah pengguna menaikkan kelajuan CPU atau overclocking tanpa menukarkan kipas yang lebih kuat dan mantap.  Antara CPU dan sink haba terdapat rongga yang mungkin tidak dapat dilihat mata seperti dalam rajah A di bawah.  Gris terma (thermal grease) dimasukkan di antara CPU dan sink haba (rajah B) dapat membantu menyerapkan haba pada tahap maksimum.  Haba akan dipindahkan dari CPU ke sink haba seperti dalam rajah C. Elak menggunakan terlalu banyak bahan itu yang boleh memberi kesan lain pula (Rajah D).  Thermal grease boleh didapati di kedai-kedai servis komputer dalam bentuk seperti di atas.  Blasanya ia boleh digunakan sebanyak dua aplikasi.





 










Kipas yang menggunakan sambungan kuasa dalam bulatan C sudah berkurangan. Kebanyakan kipas CPU jenis baru kini mengambil bekalan kuasa dari punca atas papan induk seperti dalam bulatan D. Sambungan­sambungan kuasa A dalam keadaan belum dipasang dan B sesudah dipasang.

Pastikan kipas CPU dan kipas dalam unit bekalar kuasa berfungsi semasa komputer beroperasi.  Sekiranya kipas-kipas berkenaan tidak berpusing, cari dan betulkan kerosakan dengan segera.





Pemasangan RAM


Masukkan RAM (SIMM atau DIMM) di slotnya serta pastikan ia kemas dan tidak longgar. Biasanya SIMM atau DIMM tidak boleh digunakan dalam satu papan induk.  Walau bagaimanapun, rujuk manual papan induk sekiranya ini dibenarkan.

Nota:

Pemasangan RAM tidak memerlukan apa-apa konfigurasi, sistem akan mengesan jumlah RAM secara automatik.



Serongkan RAM seperti arah anak panah A dan selitkan di slot SIMM 1. Tekan dengan kedua-dua ibu jari ikut anak panah B dan RAM akan masuk di slot dengan ditahan oleh klip C. RAM akan hanya masuk satu arah sahaja disebabkar huiung kiri dan kanan RAM berlainan bentuk (D).

Untuk mengeluarkan RAM, tekan kedua-dua klip C ke arah luar dan RAM akan keluar dari slotnya dalam keadaan serong seperti rajah 1.



Pemasangan SDRAM, DDR RAM dan RDRAM tidak jauh bezanya. Antara ketiga-tiga RAM tidak boleh ditukar ganti, ia memeriukan penyokongan cipset papan induk.

Pegang RAM dengan cermat iaitu di hujung kiri dan di hujung kanan kad dan bukan di tempat yang ada litar atau komponen yang terdedah.  Masukkan SDRAM di slotnya dan tekan ke bawah mengikut arah anak panah A. Cangkuk B akan masuk di kedua-dua belah RAM dan akan menguncinya.  Untuk mengeluarkan RAM, tekan cangkuk C dengan kedua­dua ibu jari, RAM akan keluar dari slot seperti dalam rajah .

Nota:

Pemilihan voltan DIMM:
Hanya terdapat pada papan induk lama yang ada pilihan ini, Sekiranya ada, pastikan voltan DIMM disetkan ke 3.3V untuk SDRAM (synchronous DRAM).

Bekalan kuasa P8 dan P9 atau jenis ATX


Sambungkan penyambung P8 dan P9 ke papan induk, pastikan wayar­-wayar hitam bertemu atau kelihatan berada di tengah-tengah.  Bagi bekalan kuasa jenis ATX, sambungan ke papan induk agak mudah kerana hanya satu arah sahaja dilekatkan dan tidak mungkin membuat kesilapan. 



 

































Dua jenis sarnbungan iaitu AT dan ATX dipaparkan dengan jelas.  Suis ATX disambungkan terus ke papan induk seperti dalam rajah ATX.  Suis AT pula dilekatkan terus ke unit bekalan kuasa.

Pemasangan VGA


Pasangkan kad video di slot AGP atau PCI mengikut jenis kad yang ada.  Sengetkan sedikit kad video tersebut, masukkan sebelah dahulu dan tekan mengikut arah anak panah A. Semasa meletakkan kad di slot, hati-hati agar papan induk tidak bengkuk oleh tekanan yang boleh mengakibatkan ia rosak.  Pastikan ada sokongan yang kemas di bawah papan induk sebelum memulakan pemasangan kad.

Kad video berasingan tidak perlu sekiranya papan induk ada VGA bersepadu.  Pastikan kabel sambungan VGA bina dalam dan jumper untuk pilihan VGA diletakkan dengan betul di tempat masing-masing.

Kabel signal dari monitor dilekatkan di kad video dan satu (kabel bekalan) lagi ke bekalan kuasa atau ke bekalan elektrik mengikut jenis monitor.


 














Cara-cara memasukkan kad ke dalam slot PCI seperti rajah di atas.  Cara ini juga boleh digunakan pada mana-mana pemasangan kad.

 

Pemasangan pembesar suara dalam kotak komputer


Akhir sekaii, pasang pembesar suara yang dibekalkan dalam kotak komputer ke papan induk seperti di atas.  Walaupun ia bukan satu perkara Yang diwajibkan, tapi dapat membantu semasa ujian.  Tujuan pembesar suara disambungkan ke papan induk untuk memberi bunyi 'beep' sekiranya ada kerosakan








Ujian papan induk dimulakan


Setelah selesai menyambungkan semua perkakasan, ujian boleblah dimulakan. Sebelum itu, pastikan papan induk diletakkan di atas lapik plastik atau kotak bekas papan induk bagi mengelakkan litar pintas atau , shorting' semasa membuat ujian.  Hati-hati dengan keadaan ini dan kalau cermat pasti kerosakan papan induk dapat dihindarkan. Walau bagaimanapun tidak salah sekiranya ujian dilakukan di dalam kotak komputer, cuma tidak perlu mengeluarkannya pula bila papan induk didapati rosak atau bermasalah.

Sebelum memulakan ujian pertama, paling bijak kalau sambungan diulang periksa secara pantas.  Ini sangat baik dilakukan setiap kali hendak memulakan ujian.  Amat baik juga diamalkan menulis senarai yang hendak diperiksa.

Sebagai contoh, senarai pemeriksaan atau check list untuk ujian papan induk seperti di bawah.

§         Periksa jumper, terutama kelajuan dan voltan CPU.
§         Periksa kedudukan pin 1 CPU dan pin 1 di soket papan induk adalah selari.  Biasanya cip CPU masuk satu arah saja untuk mengelakkan kesilapan.
§         RAM kemas kedudukannya dan dari jenis yang sesuai.
§         Pemasangan plug P8 dan P9 betul susunannya.  Bagi plag bekalan kuasa ATX, ia masuk satu arah saja.
§         Set jumper 'enable' sekiranya guna VGA bersepadu.
§         Jumper'Clear CMOS' diaktifkan.
§         Kipas CPU disambung ke salah satu sambungan kuasa.
§         Pastikan sambungan kabel signal dan kabel kuasa monitor. kemas dan tidak longgar di tempat masing-masing.
§         Periksa pembesar suara yang dibekalkan dalam kotak komputer sudah dipasangkan di papan induk.
§         Di belakang katak bekalan kuasa pastikan voltan diset pada 230V AC setkan bekalan kuasa dan bukan 115V AC.  Kesilapan ini boleh mengakib rosak. Kebanyakan bekalan kuasa kini sudah dihapuskan pilihan ini.


 



Kedudukan semua perkakasan atas papan induk akan dilihat seperti dalam rajah.  Papan kekunci dan tetikus tidak perlu dipasang setakat ini, walaupun tidak salah jika dilakukan.  Yang penting sekarang papan induk boleh diuji dan disahkan baik.

Ujian papan induk yang dijalankan sebelum dimasukkan ke dalam kotak komputer.     Perkakasan asas yang digunakan ialah papan induk, CPU, RAM, monitor, kad video dan bekalan kuasa.





Ujian papan induk dimulakan




Setelah semua perkakasan didapati betul dan kemas, hidupkan suis kuasa.  Monitor akan memaparkan jenis kad video dan permulaan CMOS.  Jumlah RAM juga akan ditunjukkan untuk menepati jumlah RAM sebenar.  Sekiranya tidak ada apa-apa di monitor, periksa RAM dan sambungan monitor bagi memastikan kedua-dua perkakasan bukan punca masalah.  Panduan mencari kerosakan dibentangkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan tugasan. 





 

Paparan CMOS semasa ujian


Dengan terpaparnya skrin di atas, maka telah lulus ujian peringkat pertama.. Ini bererti semua perkakasan yang diuji berfungsi.

Peringkat seterusnya untuk menentukan baki perkakasan seperti tetikus dan dan papan  kekunci boleh berfungsi.


Nota:

Keterangan ralat HDD (Harddisk) primary master serta  ATAPI tidak serasi bagi secondary master disebabkan pemacu cakera keras belum dipasang.



Kod Beep komputer


Komputer kion serasi IBM mengadakan beberapa diagnosis sendiri untuk membantu memberi keadaan perkakasan komputer semasa ia dimulakan Isyarat audio kod beep, satu cara yang mudah bagi panduan segera akan kerosakan perkakasan.  Untuk mendapatkan kesan bunyi, pembesar suara dalam kotak komputer harus dilekatkan di papan induk di petak jumper yang dikhaskan.

Ada dua jenis indikasi iaitu kod beep dan kod angka.  Sebagai panduan, untuk manual ini hanya satu atau dua kod beep yang kerap berlaku ditunjukkan.  Rujuk buku-buku komputer atau laman web untuk keterangan yang lebih mendalam.

Jadual senarai kod beep
-------------------------------------------------------------------------
Kod beep                                                       Makna
Kod Award BIOS
-------------------------------------------------------------------------
Beep pendek semasa logo                        Bunyi biasa semasa POST

Beep panjang tidak                                Tiada RAM dikesan atau
putus-putus                                         RAM rosak

Satu beep panjang dan                           Kad video tiada atau rosak
diikuti 3 beep pendek

Beep panjang kuat semasa                      CPU kepanasan atau sistem
komputer beroperasi                               beroperasi dengan memori rendah

Sekuen beep (sequence)                          Kemungkinan kerosakan RAM CMOS rosak
1-1-3
------------------------------------------------------------------------------
                                                         
Sesetengah komputer menggunakan kod beep yang berlainan dari senarai di atas.


Siasatan dan Tindakan


Sernasa membuat ujian papan induk, tidak selalunya akan menemui kejayaan buat pertama kali.  Bila ada yang tidak kena, carta Ujian boleh dijadikan sebagai panduan.

Taktik yang paling berkesan mencari kerosakan adalah dengan menukar perkakasan satu demi satu hingg di kepung kerosakan pada satu sudut atau kawasan sasaran. Perkakasan yang disahkan rosak sudah boleh ditukar dengan baik.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGENALAN KOMPUTER

Pengenalan Komputer

Peranti input dan output

Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan.  Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil 'computer'.

Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti rajah di bawah.


 
















Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana arahan dan maklumat dimasukkan.  Pergerakan kursor (cursor) di skrin oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan pada komputer.  Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan peranti input.  Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring storan serta keluar output di monitor.  Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output. Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin pencetak.



Perkakasan dan Perisian


Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja yang boleh diperkatakan.  Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini.  Dua kumpulan itu terdiri dari Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer).  Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza. 
                                                    
Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software).  Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya.  Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagai­bagai tugas.  Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya.  Salah satu program sistem operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux. 

Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver menyokong perkakasan agak terhad.  Namun peningkatan sokongan program tersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke hari.  Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan banyak lagi.

Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-kerja yang hendak dilakukan.  Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe dan WinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana kala WinNT dan Win2000 lebih sesuai untuk pejabat.



 









Rajah sebuah cakera keras dan sekeping cakera liut atau disket sebagai perkakasan dan program di dalam kedua-dua perkakasan tersebut sebagai perisian.


Komputer Berjenama dan klon


Apa itu klon?

Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa.  Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan kion

Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi.  Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia.  Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya.  Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan.  Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan.  Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil.  Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda

Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini.  Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat.  Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih.  Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet.  Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika.  Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.


Langkah-Langkah Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan  dengan elektrik.  Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan.  Tindakan-tindakan itu seperti berikut:

Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elekrik.

Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang.

Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity). 
Peralatan Kerja (Tools)

Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi.  Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya.  Contoh peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.



Meja kerja (Work bench)

Meja tempat membuat keda-keda pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan.  Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai. 

Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai sekurang-kurang empat soket bekalan elektrik dekat dengannya.  Alas getah atau tikar getah dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meia.  Meja yang hendak digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk keselesaan semasa bertugas.



 























Amaran!!!

Komputer yang telah dibeli sebagai satu unit biasanya akan disealkan dengan kertas keselamatan tarikh dan logo kedai.  Sekiranya seal dirosakkan, ia akan membatalkan perjanjian waranti.  Dari itu elakkan dari membuka kotak komputer atau perkakasan yang telah di sealkan.  Sekiranya ada masalah dalam tempuh waranti, hantar komputer ke pembekal untuk diperbaiki.
Electrostatik

Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalami kerosakan, sentuh dengan jari di bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel bekalan kuasa yang telah disambungkan ke punca AC (bekalan elektrik) akan menyalurkan kesan statik ke bumi.  Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak memulakan kerja pemasangan atau baik pulih.


 














Nota:

Electrostatic discharge (ESD) bermaksud pengaliran keluar statik elektriksiti (static electricity) dari sumber luar, umpama tangan manusia, ke kad litar elektronik yang boleh menyebabkan kerosakan.

Cara-cara Memegang Kad-kad Litar



 




















Cara memegang kad dengan betul harus dipraktikkan setiap masa bagi mengelakkan kad menjadi rosak.  Cara betul yang disyorkan seperti dalam rajah A. Jangan sesekali menyentuh bahagian litar (anak panah) atau terkena komponen yang tidak bersalut di atas papan litar seperti yang ditunjukkan dalam rajah B.


Sepatutnya penjagaan kad harus diambil kira dari mula perkakasan diterima dan membiarkan kad-kad di dalam bungkusan statik sehingga hendak digunakan.




Komputer Pandangan Depan


 






















Set komputer klon pada rajah akan dipasang mengikut manual ini.  Berbagai-bagai jenis, perkakasan sama ada baru atau terpakai boleh didapati dan dipilih untuk memasang sebuah komputer idaman hati.

Setelah dikumpul perkakasan yang dikehendaki sedikit demi sedikit, sebuah komputer klon akan terbina berkat dari minat, keazaman, keberanian dan sedikit modal.  Pengetahuan boleh dilatih dan dipupuk sehingga diri dapat melakukan kerja-kerja pemasangan dengan konfiden.


Komputer Pandangan Belakang



























Pandangan dari belakang sebuah komputer kion yang akan dibina mengikut manual ini.  Semua sambungan perkakasan direka berbeza mengikut Perkakasan masing-masing.  Pemasangan perkakasan tidak akan tersilap dan ini satu berita baik kepada pengguna baru yang mula hendak bedinak­jinak dengan komputer.



 






















































































Perkenalan Perkakasan komputer

Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.
*  Komputer Sistem Asas
*  Komputer Sistem Multimedia
*  Komputer Internet Tersedia


1. Komputer Sistem Asas

Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit.  Biasanya digunakan untuk menulis rencan atau keda-keda mudah.  Sebagai panduan senarai perkakasan Sistem Asas seperti di bawah.

Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.
Prosesor (Microprocessor atau CPU):        Memproses data untuk keseluruhan sistem.
Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasa untuk sistem boleh berfungsi.
Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting.
Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.
Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.
Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.
Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.
Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.
Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.


CPU - Central Processing Unit
HDD - Harddisk drive
FDD - Floppy Disk drive
RAM - Random Access Memory



2. Komputer Sistem Multimedia

Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke.  Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah.    

Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.
Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CD­ROM.
Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.
Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.




3.  Komputer Internet Tersedia

Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet.  Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.

*  Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.
*  Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.
*  Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.




Papan Induk (Mother Board)

Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer.  Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade.  Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya.  Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk.  Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.

Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX.  Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama.  Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT.  Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.


Komponen-komponen papan induk

Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan.  Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah,

BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan.  Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu.  Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal.  Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi.

Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.

Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa.  Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lain­lain lagi.  Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu.  Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.

Jenis jumper perlu juga diambil perhatian.  Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis.  Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian.  Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.

Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan.  Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM.  Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.

Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut.  Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.

Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras.  Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1.  Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.

Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama.  Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.

Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak.  USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat.  Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.

Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran.  Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.

PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama.  Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.

CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh.  Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.


Bateri Komputer

Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumat perkakasan semasa komputer tidak beroperasi.  Ada 3 jenis bateri yang biasanya terdapat di atas papan induk seperti di bawah,

Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali di papan induk kini.  Untuk menukarkannya amat mudah sekali.

NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi 0.5cm, dipateri ke papan induk dan sesetengahnya bersoket.  Yang bersoket, cip bateri boleh dicungkil keluar dan diganti.  Jarang sekali dilihat bateri jenis ini sekarang, mungkin sudah pupus.

Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286, 386 atau 486 dan sudah tidak dikeluarkan lagi.  Bateri jenis ini juga dipateri dan sangat sukar untuk dikeluarkan.  Setelah semua perkakasan dibuka termasuk papan induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan bantuan peralatan pateri,


Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupai siling 20 sen seperti dalam rajah sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan maklumat komputer semasa tidak beroperasi.  Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya rosak atau lemah, komputer akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak dihidupkan.


 



























Cara-cara menukar bateri jenis Lithium

Ada kalanya bateri terpaksa ditukar dan untuk mengeluarkannya tidaklah susah sangat.  Dengan hujung pensil tekan ikut anak panah A untuk melepaskan bateri dari cangkuk.  Tekan dengan jari ikut anak panah B dan bateri sudah boleh dikeluarkan ikut arah C.

Tukar bateri dengan jenis yang sama dan pastikan kedudukan tanda positif (+) seperti sebelum dikeluarkan tadi.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERKAKASAN COMPUTER

Perkakasan Komputer

 

Aksesori Papan Induk


Semasa mendapatkan     papan induk, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan. Papan induk yang tidak ada VGA dan audio dibina di dalamnya (built-in), kabel penyambung VGA (.4) dan audio (7) tidak akan diberi.  Sesetengah pengeluar membekalkan kabel port permainan yang berasingan seperti gambar (B) di bawah.  Senarai penuh perkakasan seperti berikut:

         Papan induk dan manual.
         Kabel-kabel reben cakera keras 40 pin (1) dan pemacu cakera liut 34 pin
         Kabel reben penyambung VGA (sekiranya kad jenis bina dalam).

         Kabel reben penyambung audio (sekiranya kad jenis bina dalam) dan port permainan atau kabel penyambung port permainan sahaja.

         Kabel reben penyambung COM1, COM2 (1) dan LPT1 (1).

         Cakera padat (CD) atau disket untuk pemacu VGA dan audio (sekiranya kad-kad berkenaan jenis bina dalam).


         Kad modem kecil dengan slot tambahan CNR (Communication Network Riser) di papan induk sekiranya ada kemudahan itu.



 

















 






































Pilihan 'ATX Form Card'



 

Kad A di atas mempunyai satu port 'infrared' (IR), satu port untuk tetikus PS/2 dan 2 port USB.

Kad 'ATX Form' harus dibeli berasingan dan pastikan sambungan ATX ada dipapaninduk.



LAN Network Adapter

Extension


Kad B di atas dari jenis kad rangkaian (LAN Network Adapter Extension Bracket) dan harus dibeli berasingan.  Pastikan juga papan induk ada sarnbungan berkenaan.


 








































Contoh papan induk ATX Slot 1 dan Socket 370 untuk kebanyakan CPU jenis Intel.  Papan induk Slot 1 sudah agak berkurangan kini.


 


































Kelebihan papan induk ATX


Papan induk ATX boleh dihidupkan melalui papan kekunci, tetikus dan panggilan masuk dari modem, yang boleh disetkan di paparan CMOS setup.


 

Jenis-jenis Papan Induk


Ada berbagai-bagai jenis papan induk boleh dipilih dan dibina menjadi sebuah komputer klon.  Kebanyakan papan induk kini dalam bentuk ATX dan Celeron Baru dipaparkan di atas sebagai panduan. Papan induk Socket 7, Super 7, Slot A dan Slot 1 akan pupus atau sudah pun pupus kerana kesukaran mendapatkannya. Papan induk dengan huruf  V, S, M dan L menunjukkan pada komponen dibina di dalam papan induk berkenaan. Huruf V bererti kad video, S bererti kad bunyi (sound), M bererti kad modem dan L bererti kad network (Line) atau kad rangkaian.

Jenama-jenama papan induk klon yang popular seperti Abit, Asus, MSI, Intel, Apollo, Gigabyte dan lain-lain lagi.



CPU

Prosesor atau CPU yang pertama dicipta Intel pada tahun 1971, mempuryai 2,300 transistor dan dipanggil cip 4004. Kelajuannya pada ketika itu ialah 108KHz. Setelah tiga dekad, kini Intel harus berbangga dengan CPU Pentium 4 yang mempunyai lebih 28 juta transistor dan berkelajuan melebehi 1GHz, Jenama-jenama CPU yang popular terdiri dari Intel dan AMD. CPU dibina dan direka untuk papan induk yang dikhaskan untuknya.. CPU Intel Celeron semasa mula dikeluarkan menggunakan Slot I tetapi ditukar ke Socket 370 dengan kelajuan CPU dari 366Mhz hingga 800MHz. Pentium II dan III juga mengikut CPU Celeron iaitu dari Slot 1 ke Socket 370. Terkini prosesor Pentium 4 dicipta untuk papan induk Socket 423 dan Socket 478 bagi menyokong RAM yang berbeza.

AMD menggunakan Super 7 menandingi Slot I dari segi kelajuan dan harga. Terkini, AMD mengeluarkan CPU bernama Athlon dan Duron yang menggunakan Socket A untuk menyaingi Intel. Kelajuan prosesor sebenarnya dirujuk pada kelajuan informasi diproses dalam cip tersebut dan tentunya lebih laju lebih baik. Kelajuan sesebuah komputer tidak bergantung pada kelajuan CPU sahaia tetapi komponen-komponen seperti jumlah RAM kad graflk, kelajuan bas papan induk, kelajuan memori, jumlah RAM dan jenis sambungan cakera keras harus diambil kira. Sekiranya salah satu komponen tidak sesuai, umpamanya kelajuan 133MHz untuk penghantaran data antara CPU dan RAM, tetapi memori yang digunakan yang dipanggil 100MHz, maka ini akan mengakibatkan satu suasana 'bottle-neck' dan sistem sesak.



CPU atau Pemproses (Kotak dan tray)

Apa gunanya CPU?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ISI KANDUNGAN PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET 2012

Antara isi kandungan bajet 2012 dalam pembentangan belanjawan 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

- Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
- Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
-Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
- Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS